Saturday 14 May 2011

Sedih Lagi

Baru jer aku nak ok...da start plak... mang aku yang mulakan untuk merajuk.Tp bukan aku suka2 nak merajuk.Dia yg mula dulu.Aku tanya elok2,dia jwb ngan nada marah2.Sedih la aku.Pe lg menangis tresak2 la aku.Sedih giler,br jer nk ok ngan dia dia bleh ckp ngan nada mcm tu lg.Sapa xterguris.Aku tahan jer air mata.Bila xtahan sgt aku ke bilik air,nangis sepuas2nya.Pas nangis aku kuar,tersempak ngan dia kat meja makan.Tak tahulah dia pasan @ buat2 tak perasan.

Kenapalah susah sgt nak tanya@nak pujuk aku.Dia buat xtahu jer.Tension betul aku.Tahukah dia bahawa hati ini terguris.Nasib badan la dapat suami yg mcm gini.Masa couple dulu dia rajin pujuk aku.Rs trhibur dan disayangi.Sekarang aku rasa mcm dia tak sayang kat aku.Bila teringat kata2 dia dulu bahawa aku ni dlm list dia.Lau aku xmenepati ciri2 yg dia nak mungkin aku da "dusssh"kena reject.Tapi bila teringat da mang jodoh aku ngan dia,aku kena redha tp dlm ms yg sm terluka.

Aku mang semakin sensitif skrg,sgt2 sensitif.Lau dulu kena marah ngan mak pun aku boleh tahan.Tp skrg mang aku agak sensitif.Cepat terasa hati,terguris,sedih.Mungkin umur da xpjg kot.Bkn aku minta,tp kita kena sentiasa ingat mati,yang hidup pasti akan mati.Cuma kita tak tahu bilakah masanya?maafkan aku sayang....

Tuesday 10 May 2011

Monolog Hati

''Kenapa syg tak tanya kenapa ayang diam jer?tahu tak kenapa ayang diam?kenapa ayg tak byk cakap?mesti ada sebabkan?Tapi sayang tak tanya,buat tak tahu sahaja.Diam membisu seribu bahasa.Berkata2 utk perkara penting shj.Tahu tak kenapa sayang?

  • Ayang kecik hati bila sayang tinggikan suara, bila ayang tanya tentang duit yang sayang belum bagi lagi.Mang ayang ingat,demi Allah sayang belum bg lagi.Sebab tu ayang tanya.Sayang  jugak yang pesan setiap kali sayang bagi duit,ayang kena catatkan.Tapi ayang tak catat sebab sayang tak bagi.Mang ayang ingat sayang....
  • Pastu sayang terus bad mood, tak nak tegur ayang padahal sebelum tu bukan main lagi kita bergurau senda. Ada masa ayang boleh mengalah,tapi kalau ayang yg salah tapi kali ni mang ayang ingat.Pastu yg ayang tak puas hati sbb sayang tinggikan suara.Keciknya hati ayang.Sayang mang tak perasan,mang tak paham.Tahukah sayang bahawa hati wanita ni lembut,cepat terasa,cepat berkecik hati terutama apabila dengan suami. Sebab,isteri nak dibelai,nak disayang nak dikasihi bkn dimarahi@disakitkan hati.
  • Pastu sayang tak nak pujuk,buat tak tahu.Buat mcm xde ape2.Biasa2 aje.
  • Pastu ayg sangat tak suka bila abg rasa nak masam muka abang masam.Bila rasa gembira baru nak senyum@bergurau ngan ayang.Ada masa abang tanya pun macam ayang ni staff sayang.Ayanag tak rasa dihargai,tak rasa disayangi.
  • Pastu sayang akan baik bila nak bersama sahaja.Masa tu baru ayang dapat rasa belaian sayang baru dapat rs kasih syg.Lau bukan kerana "itu" ayang tak dapat rasa.
  • Pastu ayang jer selalu ucapkan kata2 sayang,Tapi sayang jarang ucapkan,hanya membalas ucapan sayang ayang.Rasa mcm syg terpaksa,bkn ikhlas semata2.Tahukah sayang,jika sayang menghantar ungkapan "i love u" kat ayg kat sms@fb...ayg rasa seronok sgt...suka sgt..gembira sgt..tapi siapa yang selalu mulakan dulu...ayangkan??? Bkn ayag nak ungkit,tp itulah hakikatnya.

PUJUK

Wahai kekanda ku yg teramat dinda sayangi..tahukah kanda bahwa dinda mahu dipujuk.Ah susahnya...payah betul nak pujuk..ke aku bermimpi shj lau nak mengharap si dia memujuk.Pujuk hati sendiri la...

Rindunya ngan belaian mu sayang.Rindunya ngan sentuhan mu sayang.Membuat jiwaku tenang bila diri ini di belai mu.Betapa aku rindu sangat...rindu...rindu...aku sorang jer yang rindu.Si dia masih buat tak tahu.Tak paham dan buat2 tak paham.Kecewa,sedih,pedih,terluka,terguris.Semua ada,alahai mengenangkan nasib diri.Bila nk berakhirnya kesudahan ini?Seksa sungguh.Selepas itu aku pasti dipersalahkan,ye la.aku jd puncakan?Hakikatnya siapa yg mulakan dulu,aku@dia?

Aku pernah mengalah,tp bila terguris sekali lg aku xakan mengalah kerana hati ini amat sedih bila  si dia meningggikan suara.Dan menganggap aku yg bersalah.Tapi aku masih waras dan masih ingat.Mang dia yang lupa,mang dia yang tak bagi.Memang aku ingat,sebab tu aku ingatkan.Bila kita ingatkan,dimarahnya kita plak.Oh..tersentap hati aku dikala itu.Ya Allah,demi Mu aku bersuara sesungguhnya si dia belum bagi lagi..Tapi dia kata dia dah bagi.Mang aku ingat,dia belum bagi lagi...................................Mang xde...aku mang mengharap,ingat dia terlupa.Bila ditanya kita plak dimarahnya.aduhai....

Hati Yang Sedih

Patutkah akau mengalah?hati ku berduka lagi.Siapa yang salah?aku@dia?sepatutnya aku mengalah,bukan kah eng mahu jadi isteri solehah?Tapi.....

Tapi ape yang patut aku lakukan..ya Allah berikan lah aku petunjuk.Jalan mana yg harus aku pilih.Hakikatnya aku mahu hati ini dipujuk.Tapi tiada siapa yg sudi pujuk.Dia memang tak paham.Adakala hati ini ingin dipujuk,dibelai,dimanja.Itulah yang aku nak.Bukan buat tak tahu sahaja.

Sedihla,bila mengenangkan diri ini tidak dihargai.Rasa tak disayangi,dia datang bila berkehendak shj.Aku mahu dibelai bkn kerana itu,tapi untuk disayangi,dikasihi.Aku hanya dapat belaian dan sentuhan pabila ia menginginkan shj.Bila waktu2 biasa,kita bermanja dia tidak mahu pula.Ya Allah,hebat juga dugaan ini walaupu  tidak nampak di mata orang tetapi di hati ku ini terguris.KENAPA YER?KENAPA dia buat tak tahu sahaj,semacm tiada apa2.Hai lelaki..sungguh aku tidak paham.Masa bercinta bukan main lagi,tp bila depan mata dia buat tak tahu shj.

Ya....sebenanya aku mahu dipujuk.Aku mahu dipujuk sayang,tp hakikatnya aku pujuk hati ini sendiri.Oh sedihnya.

Baju Kurung Jarang

Semalam,ketika makan bersama suami dan anak ku di kedai makan.Terpandang sepasang suami isteri masuk ke kedai makan.Aku ingat dia nak makan kat situ.Rupanya suami isteri ni tapau.Si isteri nampak comel dan cantik orangnya.Mulus pipinya,licin wajahnya.Senang mata memandang tapi syg mukanya masam sahaja.Macam penat pun ada,macam bengang pun ada.Si suami pula biasa2 aja,amat simple pada pandangan mataku.

Si isteri nampak ayu dan cantik berbaju kurung tapi sayang bila ku perhatikan betul2,rupe2bajunyer jarang dan tak beralas di dlm.Biasanya jika baju yang agak jarang  kita akan jahitkan alas di dalamnya.Supaya tidak nampak susuk tubuh dan benda yang tak perlu ditayangkan umum.Ada wanita yang mbuat alas baju dan kain sekali,ada setengah wanita dia buat alas utk baju shj,kain nanti boleh pakai kain dalam. Tapi,pada pemerhatian aku,rasanya si isteri ni tidak membuat alas untuk baju dan kainnya.Jika diperhatikan betul2 dia berdiri@berjalan dihadapan cahaya pasti menampakkan "sesuatu" yang tak perlu dipertonjolkan awam.Kesian aku tgk kat si isteri ni.Rasa ingin menegur jer si isteri ni "dik baju adik jarang,nampak batang tubuh adik" Tapi nape aku tak tegur yer?Berdosakan aku tgk shj dan berkata2 di dalam hati.Sayang-seribu kali sayang.Aku tak terdaya nak menegurnya.

LEGA

Terasa lapang dada.Da luahkan apa yang terbuku di hati.Memilih untuk meluahkan di blog rasanya lebih baik dari meluahkan kepada seseorg.Takut tersalah orang pulak.Kalau yang memahami masalah kita tak apelah.Tp kalau yg jenis suka nak jatuhkan kita.Di tertawakan kita di belakang nanti.Diceritakan perihal kita kepada mereka yang tak berkenaan.Adakah aku memilih jalan yang betul?IsyaAllah mudah-mudah aku pilih jalan yang betul.

Sudah lama memendam rasa.Betul lah kata orang jika kita luahan kan ape yang terbuku di hati InsyaAllah pasti terasa tenang dan lapang dada ini.Alhamdulillah,syukur padaNya.

Terguris

Terguris?siapa yang tidak pernah terguris.Semua org merasainya.Begitu jua diriku.Tambahan lagi pabila sudah berumahtangga.Ia menjadi asam garam dan pasti merasainya.Aku seorang insan yg sangat sensisitif,terutama apabila dimarahi @ ditinggikan suara oleh suami.Padahal bagi dia mungkin dia tak perasan dan anggap biasa2 aje.Pabila suami aku meninggikan suara sikit pasti aku akan terasa hati yang amat sangat.Aku tak tahu sama ada suami aku perasan@ tidak.Tapi aku terasa hati sangat2.Tak perasan kah dia dgn perubahan ku?@dia buat2 tak perasan.

Aku seorg wanita yg sentiasa mahu dibelai suami.Nak di sayangi dan dikasihi.Tapi syg,suami aku bukan jenis yg suka menunjukkan kasih syg@bak kata yg lebih senang "romantik".Walaupun dia seorg yg tak romantik,tetapi dia seorg lelaki yg amat bertanggungjawab dlm bab2 pengurusan rumahtangga.Tapi tidak semua org sempurna.Bak menjaga hati isteri,dia tak berapa pandai.Aku sering terluka.Walaupun aku nampak kuat di luar,tp hati ini sedih sgt pabila suami aku meninggikan suara.oh..tergurisnyer hati ini.

Tapi bila mengenangkan ingin menjadi isteri yang solehah,kekadg aku mengalah.Tp sampai bila aku nak mengalah,aku wanita biasa,yang tak sempurna,aku bukan malaikat.Pasti ader salah dan silapnya.Pabila mendengar ceramah seorg ustaz mengatakan "Tuhan melaknati isteri yg bermasam muka dgn suami,seminit dia memasamkan muka pada suami seminit Allah melaknatinya,Setahun dia bermasam muka demgan suami ,setahun Allah melaknatinya"Pabila mendengar ceramah ini.Hati ini jd kendur,tawaduk kepada Allah.Rasa kerdilnya diri ini yang sentiasa berbuat doa,aku mengalah dan mohon ampun drNya.Tapi,bagaimana jika hati ini diguris lagi???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...