Monday 17 October 2011

Ikhlas?siapa yang tahu...

Ikhlas... perkataan yang senang disebut tapi susah untuk kita tahu adakah seseorang itu ikhlas atau tidak?Siapa yang tahu...hanya Allah s.w.t yang tahu.Kekadang apa yang kita perkatakan disalah ertikan oleh seseorang.Bila kita menjawab mengggunakan bahasa-bahasa agama,dianggapnya kita dianggap alim,warak,baik dan sebagainya.


Sesungguhnya yang baik itu dari Allah,tapi bukan kita tidak ingin menjadi baik.Kita hendak menjadi baik tapi siapa kita hendak menilai kita ini baik.Setiap manusia melakukan dosa, kita tidak sempurna sentiasa melakukan kesalahan dan kejahatan.Sebab itulah kita kena sentiasa memohon ampun dari Allah s.w.t sesungguhnya kita insan yang lemah.hati ini sentiasa dibolak balikkan.Oleh itu kita hendak lah sentiasa berdoa kepada Allah semoga Allah tidak bolak balikkan hati ini.Sentiasa menuju jalan yang benar dan lurus.Sentiasa bermuhasabah diri.

Tadi terdengar perbincangan mengenai hati di dalam radio IKIM.aku amat tertarik sekali dengan tajuk dan ulasan oleh ustaz yang diundang.Aku terlupa plak nama ustaz tu.Tapi apa yang diperkatakan oleh ustaz itu aku amat bersetuju sekali.ustaz ada bagitau.Kekadang apa yang kita hendak tapi  kita tidak dapat.Tuhan bagi mende yang kita tidak hendak.Jadi apa perlu kita buat.Kita keno redho dengan apa yang Allah dah tentukan.Sesunggunhya apa yang Allah dah berikan kat kita adalah yang terbaik untuk kita,walaupun pandangan orang sekeliling buruk dan tidak bagus. Kita kena sentiasa memuhasabah. Jangan kita tanya Allah ,kenapa ia berlaku,kenapa aku,kenapa dan kenapa.. Sentiasalah berfikir baik dengan apa jua ujian yang Allah berikan.Jadilah orang yang sabar dan redha.

Yer..SABAR..memang perkataan yang senang diungkapkan tapi amat susah untuk diaplikasikan.Masing2 menghadapi ujian yang berbeza,tetapi kita hanya mampu menenangkan seseorang dengan perkataan ...sabar.. Tapi sabar itu amat susah bagi mereka yang tidak memahami pengertian sabar itu. Hanya orang2 yang tertentu sahaja yang dapat engharungi dugaan dan cubaan ini.


Tapi ramai yang salahkan takdir,salahkan seseorang dengan apa yang berlaku.Saling menuding jari dengan apa yang berlaku.Masing2 menegakkan benang yang basah,tidak ingin mengalah.Tapi tahukan mereka itu semua sudah ditetapkan Allah.Jika kita redha dan bersangka baik pasti kita akan cari jalan penyelesaiannya dan berdoa serta berserah pada Allah.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...